| ilipunyabelog.blogspot.com | ilipunyabelog.blogspot.com | ilipunyabelog.blogspot.com |

Monday, 28 November 2016

Nyawa


Assalamualaikum. Hye;)


"weh best tak adik sorang?"
jawapan:
"gila kau tak best!" umpan megi dengan aiskrim potong je kut adik aku ni kalau nak suruh dia sapu satu rumah, tapi kalau dah selalu mintak memang kena luku ah.
ha, gurau.





nama glamor;
ahmad bilal gholwash


kelebihan dia;
lagi tinggi dari kakak dia.
kuat makan (bukan macam kakak dia).
rajin (memang macam kakak dia).
pandai (lagi serupa macam kakak dia).
suara sedap (lagi lah sama serupa macam kakak dia).


#masukbakulangkatsendiri
#gurau-gurau



sayang adik disuruh-suruhkan. eh
xoxo,
wardahilyani.







Saturday, 26 November 2016

Popia cinta KZ

                                                             Assalamualaikum. Hye;)



Jadi pelajar universiti ni, lagi-lagi yang duduk kolej za'ba memang akan
lapo(lapar) semedang. Perut buaya agknya, asyik turun naik kafe beli
makanan, tu yang tak kurus-kurus tu.
"kutuk diri sendiri'


Ni ha ada makanan fevret dak-dak(pelajar) kolej za'ba, apa lagi kalau bukan "popia cinta hatiku terhadap jiwamu" ha tipu. 

bahan popia cinta;
kulit popia
sayur; sengkuang + lobak + kobis
bawang merah; ricih halus
bawang putih; ricih halus
serbuk knor
garam
telur
bismillah
fuhh

cara memasak;
1. tumis bawang merah, bawang putih sampai keperangan
2. masukkan semua jenis sayur (jangan tumpah)
3. masukkan sebiji telur (basuh bersih-bersih)
4. gaul rata
5. letak secubit garam, secubit knor, dan segenggam bismillah dan fuhh
6.inti siap.
7. balut inti dengan kulit popia (balut lawa-lawa)
7. siap 


selamat order dekat kiosk kz.
xoxo,
wardahilyani.

"Sayang kawan" "Kawan sayang"

                                                 Assalamualaikum. Hye;)

"People come and go"


"Sayang kawan, jadi kawan pun sayang balik" iye dak?
Makin dewasa makin hati mudah terasa, makin hati mudah merana, makin hati mudah lara.
Salah ke? 
"Ofcourse lah tak weh"!


Dulu;
Memori berkawan paling dirindu, mungkin zaman kanak-kanak, walaupun zaman masa engkorang hingus jatuh tak berhenti-henti, tapi gaduh macam mana sekalipun takde rasa apa. Hati kering la orang cakap. Buat salah sikit minta maaf, on the spot, walau tak tahu apa salah sendiri. Itu, zaman itu, hati rasa tenang sangat-sangat nak kawan dengan semua orang. Rasa itu, memang rasa nak kembali balik zaman budak-budak


Sekarang;
Mudah sangat terasa, kenapa?
Kurang rasa kasih mungkin. Mungkin! Sekarang, sayang kawan mudah, tapi, kawan sayang balik mungkin susah. Bak kata orang, "rambut sama hitam, hati lain-lain". Maksud dia macamnilah, tak semua orang sayang kita sangat-sangat macam mana kita sayang orang itu. 


"Jangan mencari yang baik demi mencari yang lebih baik"
"Apa yang kau rasa baik itu mungkin yang menjadi racun buat kau sendiri"




Renung-renungkanlah dan selamat beramal.
xoxo,
wardahilyani.